Bermula Dari Asas, Berakhir Dengan Berjaya

Style Switcher

Predefined Colors

Revolusi Bisnes 2019: Dari Offline ke Online

Bisnes online telah berkembang seawal tahun 2007 di Malaysia dan melibatkan golongan muda-mudi yang di gelar Internet Marketer atau nama ringkas I.M. Kita semua pernah dengar dan perasan nama yang terkenal pada masa itu ialah Irfan Khairi yang mengejutkan satu Malaysia dengan kejayaan beliau menjadi jutawan hasil dari bisnes online.

Di Malaysia, bisnes online berkembang tertumpu kepada model bisnes pemasaran dan jualan di internet yang melibatkan produk-produk informasi. Antara produk yang terkenal dan merubah landskap perniagaan internet di Malaysia ialah Ebook Mas Kahwin Yang Hilang, Ebook Rahsia Emas Yang Hilang, Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan dan banyak lagi yang menjadi fenomena bisnes online bagi produk info.

Dalam masa yang sama terdapat juga perkembangan untuk adaptasi kelebihan bisnes online ini kepada bisnes-bisnes offline seperti Mudah.my dan Lelong.my yang mana produk-produk fizikal dapat di pasarkan dan di jual secara online.Platform ini dikenali sebagai marketplace atau e-commerce. Bagi pasaran luar negara, e-Bay adalah platform yang terkenal dan sekarang dah ada e-Bay Malaysia.

Perkembangan e-commerce makin rancak apabila muncul platform gergasi seperti lazada, zalora, 11 Street, shopee dan carousell. Ini juga di bantu oleh wujudnya pelbagai pilihan payment gateway yang menjamin keselamatan transaksi wang antara penjual dan pembeli secara online.

Jadi, sudah sampai masanya kita semua perlu terlibat secara serius didalam medium online untuk kembangkan bisnes yang kita ada sekarang. Bisnes kecil-kecilan atau yang dah lama beroperasi pun boleh upgrade ke platform online.


Kelebihan Upgrade ke Bisnes Online 

1) Perniagaan dapat beroperasi 24 jam sehari

Sebelum bakal pelanggan membeli, mereka akan membuat carian dan melawat kedai kita. Dengan ada website atau e-commerce, bakal pelanggan dapat mencari dan melawat kedai kita selama 24 jam. Kedai kita tetap di buka walaupun kita sedang tidur dan tiada pekerja yang bekerja pada masa itu. Ini satu kelebihan yang besar berbanding kita hanya membuka kedai fizikal yang boleh dibuka dari 8.00 pagi- 10.00 malam.

2) Kos upgrade Yang Rendah.

Kos untuk membuat atau menempah website dan e-commerce adalah rendah berbanding kos kita membuka sebuah kedai fizikal. Kos senggaraan hanya melibatkan setahun sekali. Ini jika kita mengguna sistem website dan e-commerce sendiri. Platform marketplace dan e-commerce yang lain banyak lagi seperti shopee, lazada, 11 street yang membenarkan kita membuka kedai online di sana. Mereka hanya mengenakan caj minimum dan kita dapat mendapat servis yang berdayaharap.

3) Kos operasi yang optimum

Didalam sistem e-commerce, terdapat beberapa fungsi yang memudahkan kita menguruskan transaksi jualan seperti invois dan bill, rekod keluar masuk stok, penghantaran, kemaskini gambar dan maklumat produk dan macam-macam lagi.

Pelbagai data dan laporan prestasi bisnes dapat di hasilkan dan membantu kita untuk membaiki kelemahan bisnes. Sebagai contoh, bilangan stok produk yang perlu di tambah.Satu notifikasi akan dipaparkan didalam sistem jika ada stok produk yang hampir habis mengikut ketetapan yang kita set. Jadi, sebelum kehabisan, kita dapat menambah stok dan menjaga reputasi bisnes. Ini dapat menjadikan operasi bisnes lebih efisen dan kos operasi lebih optimum.

Oleh itu, keuntungan bersih bisnes dapat di tingkatkan dengan kos operasi yang lebih jimat.

4) Medium dan channel baru untuk tambah jualan

Medium online atau internet menjadi satu alat revolusi dan memungkinkan untuk kita mencipta ekosistem ekonomi baru. Semua aktiviti bisnes dapat di lakukan secara online, merentasi masa dan tempat. Satu pasaran yang terbuka luas dan tiada sempadan. Bisnes kecil dan sederhana dapat membina bisnes online tanpa modal yang besar dan berjaya menjana keuntungan.

Ramai prospek dapat dicapai oleh bisnes kecil dan sederhana melalui internet dan ini membantu mereka menambah jumlah jualan pada skala yang besar. Prospek boleh didapati didalam platform media sosial, forum, website, marketplace dan e-commerce. Potensi online ini sangat besar dan luas.

5) Automasi bisnes

Bisnes secara online memungkinkan perniagaan di jalankan secara automatik sekurang-kurang 50% dari operasi bisnes offline. Contohnya dari segi pemasaran.Pemasaran boleh dibuat secara automatik melalui FB Ads.Iklan kita dapat di lihat secara strategik dan menepati target market kita secara online. Kita tidak perlu mengedar flyer iklan di setiap taman atau tempat parking kereta.

Contoh lain lagi ialah dari segi tempahan, pembayaran dan pengesahan bayaran.Tempahan produk dapat di buat melalui borang tempahan online dan pembayaran juga dapat di buat secara online serta pengesahan bayaran juga disahkan secara automatik. Paling terbaru ialah chatbot, satu robot yang berfungsi menjawab persoalan dari pelanggan dan boleh menghasilkan jualan secara automatik.


Tool asas untuk mebina bisnes secara online

  1. Domain dan hosting untuk membuat website atau minisite
  2. Applikasi E-commerce
  3. Marketplace seperti lazada, shopee, 11 street
  4. Payment gateway seperti billplz, senangpay, molpay
  5. Pemasaran online seperti google adwords dan SEO
  6. Pemasaran media sosial seperti telegram, FB, IG, wasap, weechat, blog, youtube, messenger, linked dan macam-macam lagi
  7. Automasi sistem seperti autopm, autochat, autowasap, autoreply, autolike, autocomment, autoresponder

👋

Tagged , , , , ,

Post a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.