Bermula Dari Asas, Berakhir Dengan Berjaya

Style Switcher

Predefined Colors

Konsep Asas Pemasaran Yang Evergreen

 

Konsep Asas Pemasaran Yang Evergreen

Rasanya ramai yang dah tahu pemasaran yang baik menghasilkan jualan yang banyak dan menguntungkan. Bagi anda yang menjalankan bisnes tentu sekali inginkan jualan yang banyak dan anda dapat mengembangkan lagi bisnes anda. Tetapi bagi mendapatkan pemasaran yang terbaik tidak semudah itu kerana pelbagai strategi dan teknik perlu digunakan dengan betul supaya hasilnya lumayan. Semua ini perlu bermula dengan asas pemasaran yang terbaik iaitu Market, Media dan Mesej. Sebagai seorang pemilik bisnes, anda perlu memahami konsep asas pemasaran ini terlebih dahulu. Ini bagi memastikan anda dapat selaraskan semua teknik dan strategi pemasaran bisnes anda dengan tiga komponen utama pemasaran itu.

 

Maksud Pemasaran

Anda pasti bersetuju bahawa anda perlu fahami maksud pemasaran sebagai seorang yang menjalankan bisnes. Ini penting supaya anda tidak keliru dan tersilap langkah di kemudian hari. Maksud pemasaran ialah memberitahu dan menyampaikan maklumat berkenaan nilai atau produk yang anda ingin tawarkan kepada mereka yang memerlukan nilai atau produk itu di tempat mereka selalu berada. Ini merangkumi ketiga-tiga komponen pemasaran iaitu Market, Media dan Mesej. Sebagai contoh, anda berniaga tudung. Tudung ini sesuai untuk wanita bekerja kerana mudah dipakai dan tidak perlu digosok. Ini menjimatkan masa mereka bersiap untuk pergi kerja dan membolehkan mereka dapat hadir kerja tepat pada waktunya. Anda membuat kajian dan mendapati wanita bekerja selalu melayari Facebook di masa rehat mereka. Jadi anda membuat iklan kepada mereka ini melalui Facebook. Insyaallah, anda mampu menghasilkan jualan yang banyak

 

Asas Pemasaran Pertama: Market

Market adalah siapa sasaran bakal pelanggan bisnes anda.Mereka mestilah memerlukan nilai atau produk yang kita tawarkan. Saya suka menggunakan pendekatan membina “Customer Avatar” untuk memahami lanjut berkenaan dengan market. “Customer Avatar” secara mudah anda menyenaraikan ciri-ciri bakal pelanggan bisnes seperti jantina, umur, negeri, pendidikan, status, pekerjaan dan sebagainya. Lagi tepat ciri-ciri itu lagi bagus. Anda juga perlu membuat “Validasi” bagi menentukan Customer Avatar itu betul-betul memerlukan tawaran anda atau tidak. Peringkat awal anda menetapkan bahawa wanita bekerja berumur 25 – 30 tahun yang tinggal di Kuala Lumpur, mempunyai dua orang anak berumur di bawah 7 tahun berminat dengan tudung anda. Ini kerana mereka sibuk dan sentiasa memerlukan benda-benda yang segera bagi memenuhi keperluan mereka. Anda membuat soal selidik secara online di Facebook siapa yang berminat dengan tudung yang siap di pakai dalam masa 5 saat. Jika ramai yang berminat, Customer Avatar anda telah berjaya di hasilkan.

 

Asas Pemasaran Kedua: Media

Saya yakin dan percaya bahawa media sangat penting bagi menyampaikan maklumat bisnes kita. Media adalah saluran utama untuk anda menghubungkan tawaran nilai anda dengan market. Oleh itu anda perlu kenal pasti dimana bakal pelanggan anda berada. Mereka selalu lepak dimana, mereka selalu pergi ke mana dan dimana biasanya mereka berkumpul. Media ini saya pecahkan kepada dua bahagian iaitu media utama dan media sosial. Media utama seperti televison, radio, surat khabar, majalah dan website. Media sosial pula seperti Facebook, Instagram, blog, tweeter, youtube, whatsapp, telegram dan macam-macam lagi. Ini merangkumi samaada mereka berkumpul secara dalam talian atau tidak. Misalnya daripada Customer Avatar tadi, bakal pelanggan anda menggunakan medium media sosial untuk mereka berkumpul dan berkongsi-kongsi cerita. Jadi, media sosial merupakan media dan saluran utama anda untuk berhubung dengan bakal pelanggan.

 

Asas Pemasaran Ketiga: Mesej

Bagi memastikan pemasaran anda memberi kesan yang optima, mesej yang digunakan dalam iklan perlulah jelas tentang nilai yang di tawarkan atau penyelesaian yang mampu di berikan oleh anda. Bahasa mesej yang digunakan untuk iklan itu hendaklah disesuaikan dengan bahasa customer avatar anda. Disamping itu mesej iklan anda menyentuh perkara seperti masalah pelanggan, cara penyelesaian atau manfaat yang pelanggan akan dapat dari produk anda. Mesej itu di tulis dengan ringkas, tepat dan padat. Dengan kata lain, anda membuat Copywriting yang kemas kepada iklan anda. Misalnya, “ Tudung Fithriyah ini dapat membantu wanita yang sibuk bersiap pakai tudung tidak sampai lima saat dengan cantik dan ayu”. Anda boleh fahami dengan mudah mesej ini dan fokus kepada customer avatar anda sahaja.

 

Sebelum saya mengakhiri artikel ini, asas pemasaran yang utama terdiri daripada tiga komponen iaitu Market, Media dan Mesej. Kombinasi ini membolehkan anda membuat pelan pemasaran yang terbaik. Anda jelas kepada siapa iklan ditujukan, di mana iklan akan di letakkan dan apa mesej didalam iklan itu. Seterusnya anda boleh mula merancang strategi dan mencuba teknik-teknik pemasaran yang ada. Semoga artikel ini membantu anda memahami pemasaran dengan lebih baik.

 

 

Tagged , ,

Post a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.