Bermula Dari Asas, Berakhir Dengan Berjaya

Style Switcher

Predefined Colors

3 Tips Menyimpan Duit yang Beranak-pinak

Ramai yang sedia maklum bahawa menyimpan duit adalah amalan yang bagus dan membantu anda menguruskan kewangan dengan baik. Teknik dan cara membuat simpanan sudah banyak di kongsikan didalam media elektronik sekarang ini. Cuma, sebahagian daripada kita mungkin berjaya membuat simpanan dari kecil lagi dan ada juga yang belum lagi berjaya membuat simpanan walaupun sudah menjangkaui usia 30-40 tahun. Aduss, macam terkena je. Jangan risau, saya akan kongsikan dengan anda tiga tips menyimpan duit dengan mudah dan melalui simpanan itu anda mendapat hasil pulangan. Bagi saya, menyimpan duit adalah ubat segala masalah kewangan.


Tips menyimpan duit Pertama: Niat dan Target

Anda pasti bersetuju jika saya katakan setiap perkara yang hendak kita nak buat dimulakan dengan niat.Apa niat yang jelas dan kuat untuk anda menyimpan? Niat mestilah yang baik-baik dan memberi faedah kepada orang sekeliling anda.Jangan pula niat anda menyimpan untuk menunjuk-nunjuk anda ada banyak duit atau duit simpanan digunakan untuk berfoya-foya.Okey. Seterusnya anda set target simpanan anda dengan menetapkan jumlah simpanan dan tempoh untuk capai jumlah itu. Jika anda baru mula menyimpan, adalah di galakkan bermula dengan jumlah yang kecil dan tempoh yang pendek. Selepas itu baru tambah jumlah dan panjangkan tempoh. Ini akan membantu anda membentuk tabiat menyimpan dengan baik dan konsistan.


Tips menyimpan duit Kedua: Kreatif menyimpan

Apa perasaan anda apabila setiap kali menyimpan duit?Ada yang rasa berat, ada yang terbeban, ada rasa susah dan pelbagai lagi.Bagi menghilangkan semua perasaan itu, anda perlu kreatif didalam cara menyimpan duit.Anda perlu cari point-point keterjuaan bila berjaya menyimpan.Anda juga jangan pikir panjang bila nak menyimpan, buat je dahulu. Contohnya, anda konsistan menyimpan semua duit note rm10 berwarna merah yang anda dapat setiap hari selama 365 hari.Bila sampai hari ke 366, anda mengira duit bersama-sama dengan isteri dan anak di atas katil.Setiap helai duit rm10 di kira satu persatu dan anda tidak tahu jumlah sebenar yang terkumpul kerana ada kala lebih dari rm10 anda simpan.Akhirnya, note terakhir rm10 di kira dan jumlah terkumpul mengejutkan anda iaitu RM7,300.00.Yeay, anda bersorak seronok bersama isteri dan anak.Best kan?


Tips menyimpan duit Ketiga: Simpan tempat yang bagi pulangan

Jika anda nak tambah lagi keseronokkan menyimpan, anda simpan duit di tempat yang memberi pulangan dividen.Ini menggandakan lagi kehebatan simpanan anda kerana dihujung tahun anda akan mendapat dividen.Itu dikatakan duit menghasilkan duit yang lain.Bagus ke Best?Anda mungkin pernah dengar dividen yang diberikan oleh koperasi adalah tinggi sehingga boleh mencapai lebih dari 10% setahun. Setiap koperasi sangat menggalakkan setiap ahli mencarum atau membeli saham koperasi juga menyimpan didalam koperasi.Anda boleh membuat potongan bulanan untuk mencarum didalam koperasi.Ini membantu anda menyimpan tanpa sedar dan anda menuai keuntungan dividen di akhir tahun nanti. Anda akan seronok apabila berjaya mengeluarkan dividen tanpa menjejaskan jumlah simpanan.Saya dah rasanyai.


Secara keseluruhan anda telah mengetahui tips menyimpan duit yang boleh anda lakukan terus tanpa bertanguh-tangguh. Ini kerana menyimpan duit memerlukan komitmen anda secara berterusan untuk berjaya.Anda mulakan dengan niat yang baik, letakkan target simpanan yang anda mampu capai dalam tempoh tertentu dan simpan duit itu ditempat yang memberi pulangan yang lumayan. Anda pasti dapat membaiki status kewangan dengan langkah asas menyimpan.


Post a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.